LABU SAYONG
1.0 Sejarah Labu Sayong:
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.
2.0 Jenis- jenis Labu Sayong:
Labu Panai Labu Tela Labu Tanah Labu Geluk
Labu Pucong Labu Lepap Labu Air Labu Gelugur
3.0 Peralatan Yang Digunakan:
1. Penepek
*Sebatang kayu digunakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.
2. Sudip
*Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.
pengukir
3. Pengukir
*Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.
batu luru
4. Batu Luru / Licin
*Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.
Pinggan alas
5. Pinggan Ayan / Piring Capah
*Berfungsi sebagai roda pemutar.
4.0 Proses Membuat Labu:
Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.
Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai
Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran
1. Menyediakan Tanah
Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada. Setelah nyata bersih, tanah itu duli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.
Membentuk tanah liat
Membentuk tanah liat
2. Membentuk
Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.
Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.
Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.
Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu
Ragam hias menggunakan pelarik
3. Menghias
Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.
Labu yang disalai
pembakaran tembikar
labu dimasukkan ke dalam sekam padi bagi mendapatkan warna kepada labu tersebut
4. Membakar
Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.
Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.
Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan