Sabtu, 19 Mac 2011

LABU SAYONG

LABU SAYONG
1.0 Sejarah Labu Sayong:
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.

2.0 Jenis- jenis Labu Sayong:

Labu Panai Labu Tela Labu Tanah Labu Geluk


Labu Pucong Labu Lepap Labu Air Labu Gelugur




3.0 Peralatan Yang Digunakan:

1. Penepek

*Sebatang kayu digunakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.


2. Sudip

*Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.







pengukir

3. Pengukir

*Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.

batu luru
4. Batu Luru / Licin

*Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.

Pinggan alas

5. Pinggan Ayan / Piring Capah

*Berfungsi sebagai roda pemutar.















4.0 Proses Membuat Labu:

Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.

Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai


Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran

1. Menyediakan Tanah

Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada. Setelah nyata bersih, tanah itu duli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.

Membentuk tanah liat


Membentuk tanah liat



2. Membentuk

Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.
Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.
Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu


Ragam hias menggunakan pelarik
3. Menghias

Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.


Labu yang disalai


pembakaran tembikar


labu dimasukkan ke dalam sekam padi bagi mendapatkan warna kepada labu tersebut

4. Membakar

Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.
Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.
Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

KREATIVITI

Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna.Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk. Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi.
Komponen kreativiti kanak-kanak mengandungi lima aspek yang terdiri daripada persekitaran dan keindahan alam, lukisan dan kraf tangan, muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif, drama dan puisi serta warisan budaya. Peranan guru sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka mengikut kreativiti masing- masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika.
Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil pembelajaran mereka dengan lebih mudah. Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing- masing. Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, membuat pergerakan kreatif, menyanyi dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa.
Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat semasa kanak-kanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual seperti muzik, penghasilan hasil kerja berbentuk lukisan dan pergerakan amat mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti seni visual, seni muzik, pergerakan dan sebagainya, kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Menurut Cassidy, seni merupakan bahagian penting kepada kanak-kanak dalam penghasilan rupa bentuk yang boleh menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik dan sekaligus menyebabkan ia menjadi satu bahagian penting dalam komponen kurikulum. Kanak-kanak yang mempunyai bakat seni seperti seni tampak dan sentuh dapat dikenal pasti melalui pengaturcaraan kurikulum yang dipelajari oleh mereka.
Menurut Confessore (1991), kejayaan sesuatu kerjaya adalah berdasarkan kepada bakat dan kebolehan untuk mengaplikasikannya. Selain itu, peranan guru juga amat penting khususnya dalam bilik darjah untuk mengenal dan mengesan bakat seni yang terdapat dalam diri setiap muridnya. Hal ini kerana seni dapat membantu seorang guru untuk mengenal personaliti diri dan potensi diri murid- muridnya. Seni juga merupakan bahasa non- verbal bagi manusia secara global. Dalam komponen pendidikan seni visual, strategi pengajaran yang sedia ada dalam kurikulum akan membantu guru mencungkil bakat murid- muridnya supaya menjadi lebih berjaya.
Menurut Clark (1993) dan Parath (1997), ciri- ciri bakat seni yang terdapat dalam kreativiti kanak-kanak dapat dilihat melalui kemudahan pemahaman dan kebolehangunaan bilik darjah yang berdasarkan kepada analisis penyelidikan tentang pendidikan seni. Ciri bakat seni boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu daripada kemahiran teknikal, pemikiran visual dan kreativiti. Menurut Winner (2000), pencapaian seseorang dalam bidang seni sangat penting bagi pencapaian kerjaya agar ia sentiasa berada pada tahap tinggi seperti dalam bakat seni.
Kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan muzik dan seni visual dari segi kemahiran teknikal adalah berkaitan dengan kebolehan dan kemampuan untuk memanipulasi bahan-bahan bagi menyampaikan sesuatu tujuan atau idea yang telah dicadangkan. Hal ini mungkin termasuk juga penggunaan sumber media seperti seni cetak, lukisan dan arca- arca seni. Tambahan pula, kemahiran ini merupakan petunjuk yang dilihat amat ketara dalam pendidikan seni visual dan dapat diluahkan terus untuk mewujudkan tafsiran realistik yang mewakili konsep abstrak. Menurut Lowenfeld (1963), kemahiran teknikal banyak berkaitan dengan peringkat pembinaan kemajuan. Oleh itu, kebanyakan penulis muda menganggap kemahiran teknikal adalah terhad bagi mereka dalam menghasilkan sesuatu karya seni.
Walaubagaimanapun, Prath (1993) pula menyatakan bahawa terdapat ramai penulis muda yang menunjukkan keupayaan menulis sehingga membawa kepada peningkatan konsep- konsep seni seperti penggunaan perspektif yang lebih menjurus kepada kemahiran secara terperinci dan fleksibel dalam semua produk yang dihasilkan. Sebagai contoh, seorang pelukis berbakat di tadika bukan sahaja dapat menunjukkan kemahiran yang boleh menbangunkan sesebuah sekolah tetapi dapat menarik orang ramai. Oleh itu, pembangunan kemahiran teknikal amat penting untuk penghasilan bakat seni seseorang.
Menurut Winner (1986 & 29007), kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan muzik dan seni visual dari segi pemikiran visual merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memahami dan mentafsir maklumat berkaitan seni visual dan muzik. Hal ini termasuk kesedaran estetik dan keupayaan untuk melihat serta mengkritik unsur- unsur artistik berdasarkan kepada sebuah karya seni berkaitan peggubahan organisasi dalam bahagian seni seperti mewarna, menggaris dan melukis tekstur. Pemikiran visual juga termasuk keupayaan mencari makna yang nyata dan abstrak dalam sesebuah karya seni atau maklumat visual. Kanak-kanak yang mempunyai pemikiran visual yang tinggi digalakkan melakukan pertimbangan tentang produk yang dihasilkan.
Menurut Fredette (1893), kemahiran berfikir secara visual ini adalah lebih kepada bakat seni yang besar. Pemikiran visual boleh di anggap sebagai satu binaan serupa dalam konsep membanding, mengenalpasti, dan mendefinisikan bakat seni yang terdapat dalam diri seseorang pelajar. Kenyataan ini merupakan pendapat Chetelat (1981), Lowenfeld (1947) dan Haroutonian (1995). Terdapat beberapa perkara yang sering diberikan perhatian oleh guru ketike berada di dalam suasana bilik darjah. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran visual yang tinggi sudah tentu akan dapat mentafsir maklumat visual dengan mudah berbanding rakan- rakan mereka yang mempunyai pemikiran visual yang rendah. Kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam bahagian seni berkeupayaan dengan mudah untuk mentafsir makna dan juga carta- carta yang terdapat dalam seni. Di samping itu, cara lain untuk melibatkan kanak-kanak dalam kemahiran visual ialah dengan menggalakkan mereka belajar mengenai konsep- konsep abstrak berkaitan seni. Walaubagaimanapun menurut Norman Rockwell, penghasilan kerja seni yang sesuai untuk pemikiran visual seperti penghasilan kerja berbentuk naratif termasuk bahan- bahan bercerita dapat menarik minat kanak-kanak terutama di prasekolah.
Seterusnya bahagian terakhir dalam bakat seni adalah kreativiti. Kreativiti dapat dilihat dalam bahagian pemikiran visual dan kemahiran teknikal yang merupakan ciri- ciri bebas dalam bakat seni. Hal ini kerana, bahagian kreativiti merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kreativiti juga perlu bagi kanak-kanak untuk mengekalkan pencapaian yang berterusan dalam seni. Menurut Chetelat (1981), Haroutonium (1995) dan Cowenfeld (1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri. Manakala menurut Wakefield (1992) pula kreativiti sangat berkait rapat dengan langkah-langkah dalam pemikiran, orientasi artistik dan aspirasi kerjaya. Di samping itu, Poyath turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni tampak berkemampuan dalam menghasilkan karya yang terbaik melalui lukisannya.
Amabile telah mencadangkan cara yang sah untuk mengukur kreativiti kanak-kanak dalam Pendidikan Muzik ialah dengan menggunakan taksiran subjektif Sesuatu produk yang kreatif. Penaksiran kuantitatif kreativiti muzikal kanak-kanak bermual pada 1970 dan sejak itu telah mula dibentuk. Semenjak itu, pengaruh Guilford dan Torrance amat ketara dalam kajian kreativiti muzik di mana beberapa aspek telah dipersoalkan bertujuan untuk menilai kreativiti muzikal. Kajian terbaru juga membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Selain itu, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.
Kelebihan kreativiti kanak-kanak dalam Pendidikan Muzik antaranya ialah dapat meningkatkan keupayaan otak kanak-kanak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan juga nada. Selain itu, Pendidikan Muzik juga dapat meningkatkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Pendidikan Muzik telah membawa peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.
Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial’ dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan dengannya. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk bahan muzik. Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka dan meluahkan perasaan dalam kreativiti.
Kesimpulannya seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan
bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju. Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluangmencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan.

BIBLIOGRAFI :
Burton, J.M. (1994). The arts in school reform. Teachers College Record, 95, 477- 493.

Burton, J.M. (2000). The configuration of meaning: Learner- centered art education. Studies in Art Education, 41, 330-345.

Chetelat, RJ. (1981). Visual arts education for the gifted elementary level art student. Gified Child Quarterly, 25(4), 154-158.

Clark, G.A. (1993). Judging children’s drawing as measures of art abilities. Studies in Art Education, 34, 72-81.

Amabile, T.M. (1983). The social psychology of creativity. New York: Springer Verlag.

Torrance, E.P. (1974). The Torrance tests of creative thinking: Technical- norms manual Bensenville, IL: Scholatic Testing.

KONSTRUKTIVISME:

KONSTRUKTIVISME:
1.0 Definisi Konstruktivisme:
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi.
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan. Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid kerana murid yang akan membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan. Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.
2.0 Prinsip- prinsip Konstruktivisme:
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan bahawa pembelajaran diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar. Caine dan Caine (1991) menyenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme iaitu:
1. Otak itu proses yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.
3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.
4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.
9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.
10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.
12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.






3.0 Bibliografi:
www.teachersrock.net/teori_kon.htm
Ng Kim Choy, (1999). Diperolehi pada 6 Ogos 1999 daripada http:/ www. teacersrock. net.

ELEMENT AND PRINCIPLES OF DESIGN:

ELEMENT AND PRINCIPLES OF DESIGN:
When you do a drawing or painting on paper and when you do a drawing or painting on the computer the elements and principles of design are the same. Mastering them will help you become a better artist. A design is an arrangement, a way of organizing something. In arts and crafts, even though we use many different materials, the visual appearance (that is what our eye sees and our brain decodes) can be reduced to six elements of design. They are line, shape, form, space, color, and texture. They are what we organize. They are the tools.
The principles of design are how we organize or use the tools. The principles of design are balance, emphasis, movement, pattern, proportion, repetition, rhythm, variety, and unity. Each activity in Kidspace Art will emphasize specific elements and principles of design. By learning and using the elements and principles of design, the children will increase their understanding of how and why they design a certain way. Point out the elements and principles highlighted in the activity. Encourage the children to talk about the elements and principles when they talk about their artwork.

ELEMENT OF DESIGN:
Line is a mark with greater length than width. Lines can be horizontal, vertical or diagonal, straight or curved, thick or thin.
Shape is a closed line. Shapes can be geometric, like squares and circles; or organic, like free formed shapes or natural shapes. Shapes are flat and can express length and width.
Forms are three-dimensional shapes, expressing length, width, and depth. Balls, cylinders, boxes and triangles are forms.
Space is the area between and around objects. The space around objects is often called negative space; negative space has shape. Space can also refer to the feeling of depth. Real space is three-dimensional; in visual art when we can create the feeling or illusion of depth we call it space.
Color is light reflected off objects. Color has three main characteristics: hue or its name (red, green, blue, etc.), value (how light or dark it is), and intensity (how bright or dull it is).
Texture is the surface quality that can be seen and felt. Textures can be rough or smooth, soft or hard. Textures do not always feel the way they look; for example, a drawing of a porcupine may look prickly, but if you touch the drawing, the paper is still smooth.

PRINCIPLES OF DESIGN:
Balance is the distribution of the visual weight of objects, colors, texture, and space. If the design was a scale these elements should be balanced to make a design feel stable. In symmetrical balance, the elements used on one side of the design are similar to those on the other side; in asymmetrical balance, the sides are different but still look balanced. In radial balance, the elements are arranged around a central point and may be similar.
Emphasis is the part of the design that catches the viewer’s attention. Usually the artist will make one area stand out by contrasting it with other areas. The area will be different in size, color, texture, shape, etc.
Movement is the path the viewer’s eye takes through the artwork, often to focal areas. Such movement can be directed along lines edges, shape and color within the artwork.
Pattern is the repeating of an object or symbol all over the artwork.
Repetition works with pattern to make the artwork seem active. The repetition of elements of design creates unity within the artwork.
Proportion is the feeling of unity created when all parts (sizes, amounts, or number) relate well with each other. When drawing the human figure, proportion can refer to the size of the head compared to the rest of the body.
Rhythm is created when one or more elements of design are used repeatedly to create a feeling of organized movement. Variety is essential to keep rhythm exciting and active, and moving the viewer around the artwork. Rhythm creates a mood like music or dancing.
Variety is the use of several elements of design to hold the viewer’s attention and to guide the viewer’s eye through the artwork.
Unity is the feeling of harmony between all parts of the artwork creating a sense of completeness.